fbpx

Dewan Negara: Harga purata ayam RM8.08 hingga RM8.80 per kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga ayam bulat standard dan super di pasaran runcit jauh lebih murah berbanding harga kawalan RM9.40 per kilogram selepas kerajaan menamatkan subsidi ayam dan harga kawalan ayam bermula 1 November lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, selepas kerajaan mengapungkan harga ayam, harga purata ayam di Semenanjung Malaysia dari RM8.08 hingga RM8.80 per kilogram bergantung kepada negeri.

“Kerajaan berpendirian tidak menetapkan harga kawalan ayam polisi terbaik dalam menjamin keberadaan bekalan stabil dan keterjaminan makanan serta merancakkan pemulihan ekonomi dalam sistem ekonomi pasaran bebas.

“Sekiranya harga ayam terus meningkat, kerajaan mempunyai pelbagai punca kuasa dari segi Akta dan mekanisme bagi memastikan tiada elemen pencatutan di pasaran,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Juhanis Abd. Aziz mengenai tindakan tindakan KPDN sekiranya harga ayam di pasaran terus meningkat disebabkan tiada lagi subsidi dari kerajaan atau kawalan harga dikenakan.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata, di samping itu, permit import (AP) untuk mengimport ayam bulat telah dimansuhkan oleh kerajaan.

Kata beliau, namun jika harga ayam melonjak dalam pasaran tempatan, para pengimport boleh mengimport ayam dari luar negara jika harga ayam luar negara lebih murah.

“Subsidi Bersasar yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2024 dijangka dapat membantu dalam mengurangkan impak (cushioning) kenaikan harga ayam di masa hadapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI