fbpx

1 bilion LazCoins untuk rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAZADA memeriahkan lagi jualan akhir tahun dengan tawaran pengedaran satu bilion Lazcoins untuk pembeli meraih penjimatan dan diskaun yang hebat.

PETALING JAYA – Kemeriahan jualan akhir tahun semakin hampir tiba dan platform e-dagang terunggul Asia Tenggara, Lazada meraikan pelanggan melalui promosi terbaharunya.

Menyusul kejayaan jualan 11.11 pada November lalu, Lazada akan mengedarkan satu bilion LazCoins lagi sempena Jualan Sepuas Hati Akhir Tahun 12.12, yang menawarkan peluang kepada pembeli di seluruh negara untuk menikmati diskaun besar, potongan harga mengagumkan dan harga terendah untuk semua perbelanjaan musim perayaan dan tahun baru mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Alan Chan berkata, kejayaan jualan 11.11 Lazada yang ditanda dengan pengedaran satu bilion LazCoins membuktikan sokongan padu dari para pelanggan dan peniaga.

“Respons positif ini mendorong kami untuk sekali lagi memberi satu bilion LazCoins sempena kempen jualan akhir tahun 12.12, mempamerkan komitmen kami dalam meraikan pelanggan di seluruh Malaysia.

“Mereka boleh mengumpul, dan berbelanja dengan LazCoins. Dengan LazCoins, kami juga berusaha untuk memperkasakan peniaga yang sangat dihargai, supaya mereka boleh mengukuhkan bisnes di Lazada dan menawarkan lebih nilai kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengumpulan LazCoins sempena 12.12 adalah jauh lebih mudah berbanding sebelum ini.

Kemudahan penggunaan dan nilai berbaloi LazCoins sebagai ‘cashback’ merupakan tarikan kepada pelanggan kerana mereka boleh menggunakannya untuk menikmati diskaun serta-merta sehingga 60 peratus semasa pembayaran.

Dengan memanfaatkan 35,418 LazCoins semasa jualan 11.11, salah seorang pelanggan Lazada berjaya mendapatkan penjimatan tinggi sebanyak RM354.18 atas pembelian mereka.

Pengumpulan LazCoin semasa jualan 12.12 amat senang kerana pengguna hanya perlu melakukan tugas mudah seperti daftar masuk (check-in), melengkapkan ulasan atas produk yang dibeli, menyelesaikan misi dalam aplikasi, atau bermain permainan dalam aplikasi Lazada.

Dengan puluhan juta produk yang layak mendapat diskaun dengan LazCoins, pelanggan boleh menikmati kos lebih rendah untuk pembelian mereka.

LazCoins dihitung secara automatik semasa pembayaran, dan menambah kepada rangkaian diskaun yang sedia ditawarkan di Lazada termasuk diskaun kedai, baucar pembayaran, Lazada Bonus, penghantaran percuma dan banyak lagi.

PELBAGAI ganjaran ditawarkan kepada pengguna sempena jualan 12.12.

Lebih penjimatan

Seawal 1 Disember, pelanggan boleh mula meraih bahagian mereka daripada satu bilion LazCoins semasa Jualan Sepuas Hati Akhir Tahun 12.12 Lazada.

Antara 1 hingga 7 Disember 2023, pembeli boleh mendapatkan cashback sebanyak 100 peratus dalam LazCoins daripada pembelian pertama pada hari itu, sehingga 3,000 LazCoins maksimum setiap hari.

Ini bermakna dengan hanya membuat pembelian sekurang-kurangnya RM30 setiap hari antara 1-7 Disember, pembeli berpeluang mengumpul sebanyak 21,000 LazCoins yang bersamaan dengan RM210. Ini setara dengan berbelanja dengan percuma!

Ganjaran check-in juga akan ditingkatkan untuk 12.12. Bermula 8 hingga 14 Disember, pengguna yang melakukan check-in setiap hari secara berterusan boleh mendapatkan sehingga 1,200 LazCoins bernilai RM12.

Pengguna berpeluang menerima 120,000 LazCoins, bersamaan nilai RM1,200.

Selain itu, durian runtuh LazCoin juga kembali untuk 12.12, menghadiahkan LazCoins secara rawak kepada pembeli bertuah yang melayari dan berbelanja di aplikasi Lazada antara 12-14 Disember 2023.

Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM1,000 setiap hari semasa jualan 12.12 juga berpeluang menerima ganjaran yang hebat.

Mulai 12-14 Disember 2023, 120 pembeli terawal yang membeli lebih daripada RM1,000 dalam barangan yang layak ditebus dengan LazCoins, boleh menerima 120,000 LazCoins, bersamaan RM1,200.

LazCoins boleh ditebus untuk pelbagai produk di aplikasi termasuk elektronik, barangan hiasan rumah, fesyen, produk kecantikan dan banyak lagi.

PENIAGA yang menyertai LazCoins bakal mencatat pertumbuhan jualan sehingga 25 peratus.

Menguntungkan peniaga

LazCoins turut berfaedah kepada peniaga, di mana peniaga yang telah menyertai LazCoins Discount Programme oleh Lazada melaporkan peningkatan jualan yang mengagumkan sebanyak 25 peratus semasa jualan 11.11, berbanding dengan peniaga lain yang tidak menyertainya.

Peniaga juga menikmati tambahan 10 peratus dalam jualan tambahan setelah memasukkan produk mereka di saluran LazCoins, eksklusif di aplikasi Lazada.

Tanpa sebarang kos atau komisen tambahan, LazCoins adalah satu cara promosi yang berkesan dan boleh membantu peniaga meningkatkan trafik dan jualan kedai mereka.

Apabila pembeli menebus LazCoins mereka, peniaga boleh mendapat balik  70 peratus dalam Seller Lazcoins daripada jumlah LazCoins  yang digunakan, yang kemudiannya boleh ditebus untuk menarik trafik ke kedai mereka melalui model kos setiap klik.

Subsidi tambahan dari Lazada dalam LazCoins Discount Programme untuk peniaga juga membuktikan komitmen platform ini untuk membina ekosistem yang kukuh serta bermanfaat kepada pembeli dan peniaga.

Jadi, apa tunggu lagi? Nikmatilah lebih banyak ganjaran yang berbaloi di dunia LazCoins yang membuka luas pengalaman membeli-belah yang lebih bermakna!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI