fbpx

Trend ekspresi bersahaja lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pilih pakaian yang bersesuaian dengan fizikal tubuh.

PENGARUH iklan dalam media cetak atau elektronik yang menampilkan gaya hidup lelaki yang hebat dengan keterampilan pakaian, kaca mata, kereta dan sebagainya sering menarik perhatian sesiapa yang melihat.

Walaupun tiada manual undang-undang yang perlu dipelajari oleh jejaka dalam soal membeli-belah, tetapi apa yang pasti kita jangan terlalu mengikut arus tanpa berfikir terlebih dahulu tentang apa sebenar yang kita inginkan.

Jangan kita hanya terlalu mementingkan sesuatu yang bersifat permukaan hingga terlupa membaiki apa yang bersifat dalaman.

Berikut panduan untuk tampil lebih berkeyakinan serta menyerlahkan ekspresi lelaki yang lebih bersahaja dan mantap.

 

Bentuk tubuh
Kita perlu cuba jujur ketika melihat diri sendiri di hadapan cermin, be realistic about what you like. Kita perlu fahami jenis bentuk tubuh sendiri.

Apabila kita mula memakai sut dan seluar yang dipotong mengikut ukuran badan sendiri, baru kita sedari tiada siapa yang akan kelihatan segak jika memakai jaket yang terlalu ketat atau seluar potongan baggy.

Jangan terlalu mencuba dan mahu menjadi fashionable untuk menunjuk-menunjuk. Paling utama, kita bergaya adalah untuk kepuasan serta sebagai ekspresi diri sendiri, bukan untuk orang lain.

 

Intuisi diri
Jika kita rasa pada hari itu kita agak terlebih gaya (overdressed), berkemungkinan besar sememangnya kita mungkin bergaya tidak kena tempat dan masa. Kita patut dengar intuisi diri.

 

Pemilihan pakaian
Dalam pemilihan pakaian, kadangkala untuk kelainan, kita perlu suntik rona terang dan berani seperti jingga dan merah untuk elakkan penampilan kelihatan membosankan. Seimbangkan warna garang ini dengan padanan pakaian dalam warna gelap dan neutral.

Gaya ini cukup segar dan kontemporari.

 

Blazer
Setiap lelaki perlu ada blazer dalam rona biru kelasi (navy blue) dalam almari mereka. It’s refine and functional. Sut perlu dan paling menyerlah digayakan dengan kemeja potongan klasik.

Kemeja yang bercorak dan berona terang lebih baik untuk digaya dan dipadankan bersama jean dan chinos berbanding dengan sut.

 

Aksesori
Jika keluar rumah dan aksesori anda (kafling, rantai, jam tangan dan sebagainya) adalah perkara pertama yang mendapat komen daripada orang yang melihat anda, they probably a little too much.

Accessories should be discreet, not opulent. It should go with everything.

Bagi mendapatkan penampilan yang lebih segar, cuba berani menggayakan padanan pakaian dan aksesori yang berbeza.

Jika kita selalu memakai hanya kemeja putih, untuk kelainan, pakailah tali leher pada salah satu hari bekerja anda. Cuba bereksperimentasi dengan jam tangan, kafling dan rekaan tali pinggang yang berlainan. Apapun, anda perlu bijak dan berani untuk suai padan.

 

Seksi dengan keyakinan
Perlu diingat, yang menjadikan seseorang lelaki itu seksi adalah keyakinannya terhadap diri sendiri dan punya a sense of humor, serta jika mampu, tidak salah untuk punya pilihan pakaian yang hebat dalam almari.

Sememangnya gaya adalah sesuatu yang amat personal. Tiada siapa yang boleh memaksa kita untuk bergaya mengikut cara mereka atau yang mereka fikir sesuai untuk kita.

Setiap lelaki miliki gaya yang tersendiri, cuma dari semasa ke semasa, setiap daripada kita perlu membuat sedikit perubahan untuk lebih keterampilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI