fbpx

Tindakan terhadap Agus diputuskan selepas siasatan – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Agus (kanan) bersama Abdul Wahab. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sebarang tindakan terhadap bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff akan diputuskan selepas polis melengkapkan siasatan berkaitan kes penyebaran video perbualan lucah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ini susulan pihaknya menerima beberapa arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk melengkapkan siasatan selepas maklumat baru diberikan Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir.

Menurut beliau, kertas siasatan itu dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada Jumaat lalu.

“Beberapa tindakan perlu diambil sebelum kertas siasatan dirujuk semula setelah tindakan diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Tindakan itu termasuk laporan teknikal daripada agensi lain termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan syarikat telekomunikasi,” katanya ketika dihubungi, sini hari ini.

Mengulas mengenai dakwaan gangguan seksual melibatkan Mohammad Agus, beliau berkata, siasatan adalah sama iaitu untuk mencari kebenaran dan keadilan bagi kedua-dua pihak.

“Terdapat kertas siasatan lain dibuka berhubung kejadian didakwa berlaku di Bintulu yang dibuka di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan 377D Kanun Keseksaan.

“Justeru itu, PDRM akan memanggil sesiapa saja yang boleh membantu siasatan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI