fbpx

Tikam, kelar warga emas kerana tidak puas hati kadar sewa rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GOMBAK – Gara-gara tidak berpuas hati mengenai kadar sewa rumah, seorang wanita maut ditikam dan dikelar leher dalam satu kejadian di Jalan E4/1 Taman Ehsan, Kepong, di sini, 23 November lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superitenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mangsa wanita warga tempatan berusia 70 tahun ditemui orang awam dalam sebuah kereta jenis Honda City kira-kira pukul 10.16 malam.

Ujarnya, mangsa yang berada dalam keadaan berpakaian lengkap berada di bahagian belakang tempat duduk penumpang ditutup dengan kain selimut.

“Pemeriksaan tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan kelar di leher dan tikam di perut. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, katanya, pada 27 November, lebih kurang 12.30 tengah malam, lapan lelaki warga tempatan berusia lingkungan 21 hingga 35 tahun ditahan pihak polis.

“Suspek ditahan reman selama 10 hari mulai 27 November hingga 6 Disember bagj membantu siasatan. Motif kejadian adalah tidak berpuas hati mengenai kadar sewa rumah.

“Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan mendapat arahan tuduh ke atas salah seorang suspek di bawah Sekayen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambahnya lagi, empat suspek akan dijadikan saksi pendakwaan manakala yang lain-lain akan dibebaskan.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Selayang pada 6 Disember,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI