fbpx

Suspek disyaki simen wanita dalam kolah lebih setahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang wanita disimen dalam kolah sebuah tandas rumah di Pandamaran, Klang. FOTO: ISKANDAR SHAH MOHAMED/KOSMO!

KLANG – Dua lelaki warga asing yang diburu polis disyaki menyimen seorang wanita di kolah tandas sebuah rumah di Kampung Pendamar Fasa Satu, Pandamaran di sini, lebih setahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mayat wanita dibunuh dalam tempoh tersebut.

Jelas beliau, dua suspek dikenali Ranjit Singh dan Mandeep Singh itu menyewa rumah berkenaan dari tahun 2019 sehingga tahun 2021.

“Setakat ini, mereka adalah individu disyaki menyimen kolah di bilik mandi rumah tersebut.

“Polis turut percaya wanita itu dibunuh lebih setahun lalu namun siasatan menyeluruh masih giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Hussein, pihaknya setakat ini sudah merekodkan keterangan tiga individu termasuk pemilik rumah sewa berkenaan.

“Identiti mangsa juga belum dikenalpasti dan menunggu proses bedah siasat oleh Hospital Shah Alam esok.

“Tiada tangkapan lain dilakukan setakat ini kecuali melibatkan seorang lelaki warga asing berusia 53 tahun,” ujarnya.

Tambah beliau, siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan.

Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini, membenarkan tempoh reman tujuh hari ke atas seorang lelaki asing bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Perintah reman bermula hari ini hingga Isnin minggu depan itu dikeluarkan oleh Majistret Amirul Asyraf Abd. Rasid. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI