fbpx

Ranbir Kapoor ‘berbogel’ dalam Animal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANBIR Kapoor dikatakan beraksi tanpa seurat benang dalam satu babak filem baharunya, Animal.

JIKA dalam filem Animal, ada babak aksi tanpa seurat benang Ranbir Kapoor dikaburkan, hakikatnya adegan sebenar yang tidak ditapis kini sudah tular dalam platform media sosial.

Menghangatkan suasana apabila adegan tersebut disebarkan serentak majlis pelancaran filem arahan Sandeep Reddy Vanga itu pada Jumaat lalu.

Ketika penonton memuji aksi Ranbir, rata-rata mengakui terkejut adanya elemen sebegitu malah lebih memeranjatkan apabila dimaklumkan babak tanpa suntingan sudah pun tersebar.

Babak dimaksud adalah ketika Ranbir sedang berjalan di kebunnya, sementara Anil Kapoor dan Rashmika Mandanna sedang melihat jam tangan mereka.

Meskipun dikaburkan, adegan tersebut menunjukkan Ranbir bertelanjang bulat dari kejauhan.

Animal berkisar tentang hubungan bermasalah antara seorang ayah dan anak lelaki yang kemudian mengubahnya menjadi lelaki kejam dan obsesif.

Sebelum Animal, suami Alia Bhatt itu pernah melakonkan babak panas bersama anak Anil Kapoor, Sonam pada 2007.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI