fbpx

Proton S70 terima  900 tempahan seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proton mencatat tempahan diluar jangka untuk model terbaharunya daripada pelanggan.

PETALING JAYA – Model sedan terbaharu Proton, S70 mencatatkan peningkatan jumlah tempahan sebanyak tiga kali ganda selepas pelancaran dan pengumuman harganya pada 28 November lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, tempahan S70 kini melepasi angka 900 unit seminggu dengan jumlah tempahan keseluruhan lebih 3,000 unit, yang memperlihatkan model berkenaan dan keupayaannya untuk memenuhi permintaan pasaran di Malaysia.

“Bulan November merupakan tempoh yang baik buat syarikat, sambil pihaknya bersedia untuk menutup tahun 2023 dengan kukuh.

“Barisan model kami merupakan pemain utama yang sempurna dan sejajar dengan keutamaan untuk gaya, prestasi, teknologi dan praktikaliti.

“Penambahbaikan berterusan dalam perkhidmatan selepas jualan telah mengukuhkan keyakinan pelanggan dan memastikan proses pemilikan yang lancar. 

“Kami yakin untuk mengakhiri tahun ini dengan kukuh dan terus menyerahkan kereta ke tangan pelanggan sebelum tahun ini berakhir,” ujarnya.

Sementara itu, jumlah jualan Proton setakat bulan November lalu mencapai 141,900 unit (domestik: 138,876 unit, eksport: 3,024 unit), melepasi jumlah jualan sepanjang tahun 2022 yang mencatatkan 141,432 unit. 

Ia mewakili pertumbuhan sebanyak 12 peratus tahun ke tahun, membawa kepada pegangan pasaran yang stabil iaitu 19.7 peratus.

Saga terus mendahului jualan dengan merekodkan 64,155 unit, jauh mengatasi X50 (29,096 unit) di tangga kedua dan Persona (22,557 unit) di kedudukan ketiga. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI