fbpx

Profesion teknikal diberi keutamaan dalam kajian SSPA – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan golongan profesion teknikal diberi keutamaan pelarasan gaji dalam kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Anwar berkata, badan profesion itu diminta untuk memberi input munasabah dalam soal pelarasan gaji menerusi SSPA kelak.

“Saya hadir Hari Profesion Teknikal Negara 2023 (HPTN 2023) untuk iktiraf peranan golongan profesion teknikal dan sesuai dengan keadaan dan pertumbuhan ekonomi negara sekarang.

“Kedudukan golongan ini dengan sendiri terangkat dan sangat kritikal.

“Sesuai dengan pengiktirafan itu saya telah beri komitmen iaitu dalam pelarasan gaji peranan profesion teknikal itu harus diberikan tempat sewajarnya,” katanya ketika merasmikan HPTN 2023 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI