fbpx

Pesawah berputih mata, padi tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASMADI (kiri) dan tiga rakannya menunjukkan sebahagian pokok padi yang rosak ditenggelami banjir di Kampung Gong Ubi Keling, Jertih, Besut semalam.

BESUT – Seramai 10 pesawah berputih mata apabila kira-kira 12 hektar sawah padi mereka di Kampung Gong Ubi Keling di sini yang sedang menunggu masa untuk dituai musnah dalam bencana banjir minggu lalu.

Asmadi Sidek Amat, 39, berkata, musibah tersebut menyebabkan kesemua mereka kerugian lebih RM70,000.

“Jelapang sawah padi kami yang sedang menguning diteng­gelami banjir sedalam kira-kira 1 meter ekoran limpahan Su­ngai Bukit Jeruk pada dua minggu lalu.

“Ia menyebabkan sebahagian besar pokok-pokok padi itu me­ngalami kerosakan dan terjejas kualitinya,” katanya ketika ditemui di Kampung Gong Ubi Keling di sini semalam.

Seorang lagi pesawah, Rosman Musa, 50, pula berkata, mereka tidak menyangka banjir pada musim tengkujuh pada tahun ini berlaku awal daripada kebiasaan.

Jelasnya, kebiasaannya banjir Monsun Timur Laut (MTL) hanya bermula pada bulan ini.

“Sebab itu masih banyak pokok padi yang sudah matang tidak sempat dituai sebelum banjir berlaku.

“Hanya sebahagian yang selesai dituai berikutan kekangan sumber manusia dan jentera,” katanya.

Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Gong Ubi Keling, Mat Zain Ismail pula berkata, sawah padi beliau juga terjejas dalam bencana banjir kali ini.

“Kami rugi besar kerana tidak mendapat hasil daripada pusingan tanaman kali ini, selain terpaksa mengeluarkan modal baharu bagi penanaman semula.

“Sehubungan itu, kami berharap mendapat bantuan daripada agensi kerajaan yang berkaitan untuk kembali ‘bangun’,” katanya.

Asmadi (kiri) dan tiga rakannya menunjukkan sebahagian pokok padi yang rosak ditenggelami banjir di Kampung Gong Ubi Keling, Jertih, Besut semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI