fbpx

Hukuman bekas pekerja IT sebab kematian Syed Danial diketahui Khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKAMAN video yang tular menunjukkan seorang lelaki sedang memegang Syed Muhammad Danial (kanan) selepas insiden kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Southville City pada RAKAMAN video yang tular menunjukkan seorang lelaki sedang memegang Syed Muhammad Danial (kanan) selepas insiden kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Southville City pada 13 Ogos 2019.

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan Khamis ini untuk menjatuhkan hukuman ke atas bekas pekerja teknologi maklumat (IT) yang didapati bersalah menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir empat tahun lalu.

Hakim Julia Ibrahim memutuskan demikan bagi memberikan peluang kepada pihak pendakwaan dan pembelaaan mengemukakan hujahan masing-masing.

Ia termasuk kenyataan impak berhubung kes tersebut.

“Harap keluarga mangsa (yang hadir) memahami untuk semua pihak (pendakwaan dan pembelaan) diberikan masa mencukupi sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman,” tegasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tertuduh, Yew Wei Liang, 45, didapati bersalah di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan selepas dipinda daripada dipertuduhan asal mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Seksyen 304(a) memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Mengikut pertuduhan asal, Wei Liang didakwa membunuh pegawai bank, Syed Muhammad Danial di Kilometer 293.6, Lebuh Raya Utara-Selatan pada pukul 1 tengah hari hingga 2 petang, 10 Ogos 2019. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI