fbpx

Khairul Aming punya hal, ramai tak sabar tunggu Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pempengaruh popular, Khairul Aming memaklumkan konten popularnya '30 Hari 30 Resipi' akan diteruskan pada Ramadan akan datang.

PETALING JAYA – Pempengaruh Khairul Aming membangkitkan keterujaan orang ramai untuk menanti ketibaan bulan Ramadan selepas memaklumkan konten popularnya, ’30 Hari 30 Resipi’ akan diteruskan.

Menerusi Instagramnya baru-baru ini, Khairul Aming mengesahkan konten yang sentiasa dinantikan sepanjang Ramadan itu kembali bagi tahun ke-7.

“100 hari lagi Ramadan akan kembali. Diharapkan kita semua dipanjangkan umur untuk berjumpa lagi Ramadan nanti. ’30 Hari 30 Resipi’ akan kembali untuk tahun ke-7,” tulisnya pada kapsyen video.

Orang ramai yang terdiri daripada pengikut Khairul Aming khususnya, rata-rata menyatakan rasa tidak sabar menunggu detik berkenaan.

“Tak sabar! Semoga kita semua diberi kesempatan bertemu Ramadan tak lama lagi, insya-Allah,” ujar seorang pengguna.

“Itu dia 30 hari 30 resipi. Siap la kau bunyi batu air dia kacau,” komen meera_samsudin

“Tak sabar dah,” kata Imanrasyid.

“Mohon hantar draf ke pasar raya Malaysia sebelum kongsi agar stok mencukupi buat kami,” pesan Dilasaur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI