fbpx

Isu cerai Adira, kakak mohon hormati privasi, tolong sensitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMMA berang apabila isu cerai adiknya, Adira dihebah media.

PETALING JAYA – Kakak penyanyi Adira, Emma Suhaimi meminta semua pihak menghormati privasi selain memberikan ruang untuk adiknya dan suami, Datuk Seri Adnan Abu menyelesaikan isu rumah tangga mereka tanpa gangguan.

Emma berkata, Adira tetap akan memberikan kenyataan apabila sudah sedia berkongsi mengenai badai yang sedang dihadapi.

“Pihak yang tidak menghormati sensitiviti manusia lain, semoga kamu punya kehidupan itu jauh lebih baik daripada orang lain.

“Saya bukan mahu bersuara tapi kasihan adik saya. Keluarga kami jenis tidak masuk campur kerana mahu menghormati privasi, beri sahajalah dia masa.

“Jika dia mahu bersuara, maksudnya dia sudah bersedia,” katanya menerusi hantaran Instagram Story.

Sebelum itu, Emma yang juga pasangan Adira dalam Famili Duo musim tiga (FD3) menegur tindakan media yang hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, pagi semalam.

Katanya, dia pelik apabila wartawan masuk ke kamar mahkamah bagi mengikuti sebutan kedua membabitkan sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) susulan permohonan perceraian pada 25 Oktober lalu.

Semalam, naib juara FD3 itu mengejutkan ramai apabila muncul di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang ditemani Emma yang menjadi wakilnya untuk sesi bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Bukan kali pertama, tindakan tersebut sekali gus menjadi permohonan kedua pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi, 32, selepas menfailkan tuntutan sama pada 1 April 2019.

Selepas itu Adira ketika dihubungi media turut memaklumkan belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan buat masa sekarang.

Pasangan terbabit melangsungkan pernikahan di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Mereka mempunyai empat anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4,  dan Ayob yang kini berusia setahun.

Manakala rumah tangga ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Red itu bersama isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim dikurniakan dua cahaya mata.

Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun, namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mempunyai dua anak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN