PETALING JAYA – Individu yang baru mendaftar cukai pendapatan menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas 15 Julai tahun ini tidak layak untuk menebus kredit eMadani sebanyak RM100.
Itu antara syarat kelayakan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) selain individu perlu mempunyai pendapatan sebanyak RM100,00 setahun dan ke bawah.
Selain itu, mereka yang ingin menebus layak untuk membuat permohonan sekiranya tidak tergolong sebagai penerima eBeliah Rahmah 2023.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, bantuan yang dilaksanakan secara (one-off) itu dibuka mulai 4 Disember hingga 20 Februari 2024.
Ia merupakan inisiatif daripada MOF dilancarkan bertujuan menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai yang memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak dengan peruntukan RM1 bilion. – KOSMO! ONLINE.