fbpx

Dewan Negara: 411 kes lelaki alami gangguan seksual – KPWKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 411 daripada 1,486 kes berkaitan gangguan seksual yang diadukan kepada Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) sejak 28 Mac lalu melibatkan mangsa lelaki.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Aiman Athirah Sabu berkata, aduan itu dikemukakan semasa Program Jerayawara KASIH KPWKM @ Advokasi Antigangguan Seksual di 14 buah negeri.

“Program ini bertujuaan menggalakkan pencegahan dan meningkatkan kesedaran mengenai gangguan seksual agar budaya menormalisasikan gangguan seksual dapat dihapuskan.

“Pada masa sama KPWKM menerima 1,486 kes aduan berkaitan gangguan seksual sepanjang tempoh 14 siri jerayawara diadakan. Sebanyak 411 kes atau 27.7 peratus melibatkan mangsa lelaki,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Husain Awang mengenai keberkesanan Program Jerayawara KASIH KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual bagi mengelakkan gangguan seksual di rumah dan tempat kerja.

Terdahulu, Aiman Athirah memaklumkan, KPWKM telah menggubal Akta Antigangguan
Seksual 2022 [Akta 840] sebagai suatu Akta khusus untuk menangani kesalahan gangguan seksual.

Jelas beliau, penguatkuasaan akta itu telah dilaksanakan secara berperingkat mulai 28 Mac
2023 yang melibatkan takrifan gangguan seksual dan elemen kesedaran, pendidikan serta pemahaman mengenai gangguan seksual kepada masyarakat.

Menjawab soalan tambahan Husain mengenai Tribunal Anti Gangguan Seksual, beliau berkata, terdapat tiga kelebihan tribunal berkenaan termasuk kos yang perlu ditanggung adalah minimum dan lebih murah berbanding kos di mahkamah.

“Kos yang ditanggung hanya melibatkan borang dan yuran pendaftaran sahaja. Tidak seperti di mahkamah kos lebih mahal. Pembuktian gangguan seksual adalah secara imbangan kebarangkalian dan tiada keperluan untuk melantik peguam bela atau peguam cara.

“Remedi perlu dikeluarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pertama pendengaran dan terdapat empat remidi iaitu permohonan maaf. penyataan permohonan maaf, ganti rugi tidak lebih RM250,000 dan arahan hadir program pemulihan,” katanya.

Menjawab soalan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai pula, beliau berkata, Akta 840 tidak melibatkan perlindungan terhadap saksi kes gangguan seksual, tetapi mereka boleh membuat laporan polis untuk mendapatkan perlindungan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI