POLIS Mumbai mengaitkan ugutan bunuh menerusi Facebook terhadap pelakon popular Bollywood, Salman Khan dengan satu sindiket di negara Eropah.
Pihak berkuasa juga mendedahkan adanya hubungan antara suspek dengan penjenayah yang juga anggota geng Lawrence Bishnoi di luar negara.
“Kami hubungi Facebook dan mereka sahkan bahawa perkongsian itu berasal dari Eropah,” kata wakil polis.
Pada sama, polis turut menyelidiki keaslian ancaman tersebut sama ada terdapat unsur yang sahih atau hanya perbuatan nakal peminat.
Dalam hantaran ugutan itu, tertera nama ketua gangster bernama Lawrence Bishnoi yang secara khusus ditujukan kepada artis Punjabi, Gippy Grewal, dengan memberi amaran tentang mencari perlindungan untuk Salman.
Sebelum ini Bishnoi yang masih dalam penjara didakwa sentiasa mencari jalan mahu melenyapkan Salman apabila pelakon itu dibebaskan daripada kes pemburuan haram Blackbuck atau Antelop pada 1998.
Sejak itu aktor sasa terbabit sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sehingga menggunakan kereta kalis peluru kerana bimbangkan keselamatan diri.