fbpx

Berang jadi bahan gosip kumpulan WhatsApp, doktor wanita belasah pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Doktor ERS didakwa membelasah tiga pekerja farmasi miliknya. – Tribun Trends

JAKARTA – Seorang doktor wanita di Kota Kendari, wilayah Sulawesi Tenggara membelasah tiga pekerja farmasi miliknya kerana berang menjadi bahan gosip dalam kumpulan sembang WhatsApp, lapor portal berita Okezone semalam.

Salah seorang mangsa dikenali sebagai  Zahra Sagita Tawulo berkata, akibat insiden itu, dia pengsan dan cedera selain lebam pada beberapa bahagian badannya.

Dua pekerja lain bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sebuah video tular yang dirakam pelanggan menunjukkan doktor tersebut, ERS, membelasah tiga pekerja farmasi berkenaan.

Dalam video itu,  seorang pekerja terduduk di atas lantai ketika dibelasah.

“Saya ditampar, ditarik dan dipukul dengan kotak tisu serta botol minuman plastik,” kata Zahra. 

Menurut laporan, suspek bertindak demikian kerana mendapat tahu ketiga-tiga pekerja tersebut bercakap buruk mengenai dirinya dalam  kumpulan sembang aplikasi WhatsApp.

Suspek ditahan di balai polis Kendari untuk soal siasat dan didakwa melakukan jenayah serangan yang membawa hukuman penjara sekurang-kurangnya dua tahun. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI