fbpx

Banjir: Mangsa berlindung di PPS Pasir Mas kini tinggal 5,907 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Rantau Panjang hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL/KOSMO!

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas menurun kepada 5,907 orang susulan cuaca panas di kebanyakan kawasan di daerah tersebut sejak beberapa hari lalu.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan berkata, penurunan sebanyak 102 orang mangsa banjir itu dilaporkan pada pukul 12 tengah hari berbanding 6,009 orang pada pukul 8 pagi tadi.

Menurutnya, kesemua mangsa banjir merupakan penduduk di kawasan Pasir Mas dan Rantau Panjang yang terdiri daripada 1,838 keluarga.

“Mangsa-mangsa banjir yang terjejas ditempatkan di 13 buah PPS di Pasir Mas.

“Selain itu, paras air sungai-sungai utama di Kelantan masih berada tahap normal kecuali Sungai Golok di Kuala Jambu menunjukkan paras berjaga-jaga dan Rantau Panjang mencatatkan bacaan amaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI