fbpx

Waspada tawaran khidmat tebus kredit eMadani di media sosial- MOF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan ‘peer-to- peer’ kredit eMadani oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

MOF dalam kenyataan berkata, ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMadani daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMadani mereka.

“MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

“Pihak kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMadani jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelas kenyataan itu, Program eMadani diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

“Oleh itu, kredit eMadani tidak boleh digunakan antaranya bagi pemindahan ‘peer-to- peer’ atau penebusan tunai.

“Ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit/perniagaan di seluruh negara,” ujarnya.

Pendaftaran program eMadani dibuka bermula hari ini hingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Untuk maklumat lanjut mengenai program eMADANI, layari https://manfaat.mof.gov.my/individu/eMADANI. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI