fbpx

[VIDEO] Azlee Senario terharu dapat ‘gift’ di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video berkenaan yang tular di media sosial ketika ini.

PETALING JAYA – Salah seorang ahli kumpulan lawak terkenal pada era 90-an Senario, Azlee Jaafar terharu apabila ada pengikutnya di TikTok telah menghadiahkan beberapa TikTok Coins atau pelekat (gift) bernilai tinggi kepadanya.

Menerusi satu klip video yang ditularkan di media sosial ketika ini, Azlee dilihat menangis dan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada penyumbang ‘gift’ tersebut ketika siaran langsung di TikToknya baru-baru ini.

“Ya Allah, terima kasih banyak-banyak. Besar ni harga dia. Terima kasih semua peminat kerana bantu saya,” ujar Azlee dalam video tersebut.

Antara pelekat yang diterimanya adalah singa, kereta api, naga dan beberapa lagi pelekat yang bernilai tinggi.

Orang ramai yang menyaksikan video secara langsung itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada Azlee yang selama ini telah menghiburkan mereka melalui lawak-lawak Senario sebelum ini.

“Abang Azlee banyak dah tolong kami masa kami kepenatan dan kesusahan selama ini. Terima kasih Abang Azlee dan Senario,” kata Saifullah.

“Abang Azle dah banyak hiburkan kami, kini kami pula cuba untuk hiburkan abang. Harapnya abang akan terus gembira dan sihat untuk menghiburkan kami lagi selepas ini,” kata Cikgu Sabri. – KOSMO! ONLINE

@tripbisneschina #senario #abgazleesenario #fyp #senario #abgazleesenario #fyp #fyp #fypシ #fypシ゚viral #for #foryourpage #fypdongggggggg #chinatiktok #chinatravelguide #chinatravel #chinatraveler #tripbisneschina #tripbisnesguangzhou #tripbisnes #borongchina #tripchinakakgee #tripchinaabgshah #tripchina2019 #borongchinamalaysia #coachingchina ♬ Senario_Sebelum dan sesudah – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI