LONDON – Tiga kembar lelaki paling tua di dunia menyambut hari lahir mereka yang ke-93 tahun pada Jumaat lalu, lapor akhbar Mirror UK.
Larry Alden Brown, Lon Bernard Brown dan Gene Carol Brown dilahirkan pada 1 Disember 1930.
Acara itu ditandai dengan sedikit kesedihan kerana ketiga-tiga mereka tidak dapat meraikan hari lahir bersama-sama dengan salah seorang daripada mereka tidak dapat berjalan jauh.
Kaki terakhir tiga kembar itu berkumpul adalah semasa sambutan hari lahir ke-92 tahun di mana mereka menghabiskan masa bersama keluarga.
“Kami semua dapat berkumpul bersama tahun lepas semasa hari lahir ke-92 tahun dan sangat menikmati masa kami bersama,” kata Larry.
Menurut Larry, Gene yang tinggal di Oklahoma sihat dan tidak dapat meninggalkan rumahnya, jadi tiga kembar itu meraikan hari lahir secara berasingan, demikian menurut Guinness World Records. – AGENSI