PETALING JAYA – Perusahaan Automobil Nasional (Proton) yang memperkenalkan jenama pertamanya iaitu Saga pada 1985 terus merangka strategi saban tahun bagi menghasilkan produk kereta terbaik keluaran nagara.
Selepas model Saga, Iswara dan seterusnya Wira yang dikatakan sebagai tiga jenama terawal yang berjaya memperkenalkan Proton dalam dunia automotif dunia, ada satu model yang dilihat terkebelakang berbanding model lain iaitu Tiara.
Proton Tiara yang menjadi kategori kereta kompak pertama Proton merupakan usahasama dengan syarikat automotif utama dari Perancis iaitu PSA Citroën dan Peugeot.
Pada April 1996, Proton telah melakukan usahasama bersama PSA Citroën dan Peugeot dan terus tertubuhnya USPD (Usahasama Proton DRB Sdn. Bhd.) untuk membina Tiara.
Malangnya, model Tiara tidak mendapat sambutan yang menggalakkan jika dibanding dengan model abang-abangnya terdahulu yang menggunaka platform Mitsubishi.
Ketika awal 2000-an, harga Tiara jatuh teruk sehingga RM1,000 malah ada yang jual dua biji sekali yang mana satu diguna dan satu lagi dijadikan sebagai alat ganti.
Namun, komuniti Tiara tidak mati di situ apabila egolongan pemiliknya terus melakukan modifikasi terbaik sehingga kita boleh melihat lagi Tiara di atas jalan raya di Malaysia.
Malah pada perhimpunan Ratro Havoc baru-baru ini, Proton Tiara tetap dipamerkan oleh peminatnya yang masih kebal membela jenama tersebut sehingga kini. – KOSMO! ONLINE