fbpx

Selama wajar diisytihar daerah baharu di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Akmal (tengah) bercakap pada sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Bagi memastikan kawasan itu meraih limpahan ekonomi dengan lebih baik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama, Mohd. Akmal Kamarudin mengharapkan Selama diisytiharkan sebagai daerah penuh.

Ketika ini, Selama digabung dan membentuk daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) yang terletak di utara barat Perak bersebelahan daerah Kuala Kangsar, Hulu Perak, Kerian serta Manjung di Selatan.

Mohd. Akmal berkata, peruntukan pembangunan daripada kerajaan negeri sebelum ini dikongsi di bawah daerah Larut Matang dan Selama yang banyak memberi tumpuan kepada Taiping.

Tambahnya, sudah tiba masa daerah kecil Selama mesti dinaik taraf memandangkan terdapat kemudahan awam sedia ada seperti Hospital Selama dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama.

Beliau malah membandingkan situasi apabila Bagan Datuk dinaikkan sebagai daerah penuh, banyak pembangunan baharu dilaksanakan sedangkan Selama yang sudah ada pelbagai prasarana dan infrastruktur asas tidak diberi perhatian.

“Dalam sidang Dewan Negeri yang lalu, Selama membangkitkan isu yang sama, namun jawapan yang diterima adalah kerana kekangan kewangan.

“Kalau kita tengok di Bagan Datuk, pernah diisytiharkan daerah penuh, pada masa itu tiada apa lagi fasiliti kerajaan. Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang cukup banyak untuk membina bangunan seperti IPD dan bangunan pentadbiran yang lain-lain,” katanya semasa sesi Perbahasan Belanjawan 2024 Perak di sini hari ini.

Katanya, Selama yang berada dalam kawasan Parlimen Larut telah diwartakan sebagai daerah penuh sejak tahun 1900, namun belum dilaksanakan.

Beliau mengharapkan Selama boleh diiktiraf sebagai daerah penuh dalam belanjawan akan datang terutama banyak hasil negeri diraih di Selama selain kawasan itu memiliki jumlah rakyat miskin tegar yang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI