fbpx

Saya sihat atas doa semua, nafi hidap kanser – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika mengadakan lawatan di tapak pameran pada Majlis Peluncuran Rancangan Hala Tuju Transformasi Politeknik 2023-2030 di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), hari ini. -Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dirinya menghidap kanser dan akan meletak jawatan seperti didakwa oleh seorang blogger baru-baru ini.

Malah Presiden UMNO itu mengesahkan bahawa beliau kini kembali sihat setelah menjalani prosedur pembedahan prostat.

“Saya sendiri pun tidak tahu akan melakukan perkara itu (letak jawatan) dan saya memang ada menjalani pembedahan prostat (baru-baru ini).

“Semua orang lelaki ada prostat dan di depan ini mungkin ada sama ada besar atau kecil.

“Tapi janganlah buat spekulasi yang macam-macam. Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah (saya) fikirkan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Peluncuran Rancangan Hala Tuju Transformasi Politeknik 2023-2030 di sini hari ini.

Jumaat lalu, Ahmad Zahid kembali bertugas serta menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas tempoh berehat setelah menjalani pembedahan baru-baru ini.

Pada 19 Nov lepas, anak sulung beliau Datuk Nurulhidayah menerusi hantaran di Instagram, mengesahkan bapanya dalam keadaan sihat selepas menjalani prosedur pembedahan pada 14 November lalu.

Terdahulu, seorang blogger pada 22 November lalu menerusi sebuah video berdurasi 16 minit di Youtube bertajuk ‘Kesihatan Zahid Hamidi: Kerajaan perlu terus terang dan berhenti bohong rakyat’ mendakwa Ahmad Zahid menghidap kanser. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI