fbpx

Piala Dunia Remaja: Shahmie mampu robek gawang lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHMIE Irfan memiliki kemampuan menggelecek dan mendapatkan pukulan sudut penalti yang mampu membantu skuad negara.

SENTUHAN penyudah penyerang, Shahmie Irfan Suhaimi menjadi taruhan terbaik skuad hoki remaja lelaki pada Piala Dunia Hoki Remaja 2023 menjelang aksi pertama Kumpulan A menentang Chile di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Ia berdasarkan pengalaman bintang muda berusia 20 tahun itu bersama pasukan senior kebangsaan di Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India pada Januari lalu dan turut meledak satu gol di pentas berprestij tersebut.

Shahmie pada awalnya dibawa sebagai dua pemain simpanan, tetapi diberi kepercayaan menggantikan tempat Muhammad Shahril Saabah yang mengalami kecederaan hamstring, untuk aksi ketiga peringkat kumpulan menentang New Zealand.

Biarpun baru turun membuat kap antarabangsa pertama, tetapi kelibatnya menarik perhatian ramai dengan kemahiran teknikal menggelecek lawan selain keupayaannya mendapatkan pukulan sudut penalti.

Menariknya, anak kepada bekas pemain negara yang pernah beraksi pada Sukan Olimpik Sydney 2000, Suhaimi Ibrahim itu berjaya meledak gol kemenangan Speedy Tigers ketika menewaskan Jepun 3-2 dalam aksi terakhir di India awal

Kapten, Muhammad Faris Harizan yang merupakan salah seorang daripada tiga pemain yang pernah beraksi pada Piala Dunia Remaja Bhubaneswar 2021, percaya mereka kini dalam keadaan terbaik dan sudah bersedia membuka tirai kejohanan.

“Kami adalah satu pasukan yang seimbang dan setiap pemain menunjukkan komitmen tinggi dan sifat rajin untuk berjaya.

“Kami tidak ada istilah pemain senior atau remaja dalam pasukan. Semua pemain adalah sama. Kami bergerak sebagai satu unit dengan menggalas tugasan membantu kejayaan pasukan,” katanya.

Dua lagi pemain yang pernah beraksi pada edisi dua tahun lalu ialah Alfarico Lance Liau Jr. dan Mohamad Shamir Rizmi Shamsul, manakala Shahmie tidak terpilih kerana mengalami masalah kecederaan ketika itu.

Selepas bertemu Chile malam esok, Young Tigers yang bermain aksi persahabatan tertutup menentang India semalam, akan menentang juara bertahan, Argentina (Rabu) dan Australia pada Jumaat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI