fbpx

Luahan Pembaca: Lelaki hari ini semua jahat kecuali…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
golongan wanita hari ini mempunyai suara yang kuat termasuk dalam isu keadilan, kesamaan hak, layanan dan penghargaan. – GAMBAR HIASAN

Sifat macho dan garang pada seseorang lelaki kini semakin meluntur. Selamat tinggal Malim Deman, Hang Tuah, Clint Eastwood dan Malboro Man. Anda hanya lelaki jika mengikut acuan yang ditetapkan wanita hari ini.

Lelaki berdasarkan kebijaksanaan pada hari ini semuanya jahat kecuali dibuktikan sebaliknya. Sebab itu lelaki yang berkahwin lain tidak dimaafkan wanita keseluruhannya.

Pedulilah hukum syarak yang membolehkan poligami. Rata-rata wanita mendakwa keadilan tidak mungkin berlaku.

Puncanya mudah ikatan memang kuat dalam kalangan kaum wanita. Oleh yang demikian, jangan perkecilkan kuasa wanita. Mereka berada di mana-mana dan memerhatikan apa sahaja yang lelaki lakukan. Mereka bukan sahaja mendesak kesamaan hak dan layanan, tetapi menuntut penghargaan dan dignity.

Lelaki hari ini lebih berhati-hati. Melukakan wanita membawa padah yang bukan kecil.

Apa yang anda perlukan adalah melayari portal berita popular. Lelaki selalu jahat dan salah. Lelaki tidak menjadi mangsa. Daripada drama hingga filem dan sastera, lelaki punca semua masalah.

Mereka menjadi demikian kata orang bukan kerana sifat semula jadi, tetapi perlu kelihatan begitu untuk dilabel lelaki benar. Hari ini wanita mahu ‘menyatakan’ siapa mereka.

Wanita bukan sahaja bercakap tentang penindasan dan penentangan terhadap patriarchy (dibaca lelaki), tetapi mereka juga mahu menampilkan mystique kewanitaan.

Rupanya ketidakadilan lelaki melampaui tembok rumah tangga dan masyarakat. Jika filem The Associate boleh dipercayai, hanya lelaki ‘dibenarkan’ berjaya dalam dunia urus niaga.

Maka itu pelakon Whoopi Goldberg harus menyamar jadi lelaki dan berkulit putih. Lihatlah buku yang ditulis untuk ajak wanita memecahkan tembok lelaki dalam dunia korporat.

Antara judulnya The Princesso: Machiavelli for Women. Judulnya sudah cukup untuk melihat betapa tebalnya dendam dan kebencian terhadap lelaki. Buku pertama itu ditulis Karen Salmansohn.

Majalah Massa suatu pernah membuat kaji selidik ke atas wanita. Apa yang menarik 20.3 peratus responden isteri pernah terlintas untuk mencederakan suami mereka.

Betullah nampaknya gurauan teman-teman hari ini ‘Bukan aku takutkan isteri, tetapi isteri tak takutkan aku.”

ARIF MUSTAQIM MD. SALLEH
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI