fbpx

Kecoh Budin separuh bogel kena kejar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang dikongsikan di Facebook Oh my jep menunjukkan seekor kucing yang diberi nama Budin berbaju merah jambu.

PETALING JAYA – Seekor kucing jantan yang diberi nama Budin, popular sekelip mata selepas dikesan berkeliaran di sebuah kawasan penempatan dengan berbaju merah jambu.

Menerusi perkongsian tangkap layar perbualan di kumpulan WhatsApp ‘Grup lorong’ oleh pemiliknya di Facebook Oh my jep, salah seorang penduduk terlebih dahulu berkongsi gambar Budin dan bertanya siapakah pemiliknya.

“Meow (kucing) siapa ni? Comelnya pakaikan baju. Seluarnya mana?

“Dah sampai Jalan Melati kena ligan pula dengan kucing garang, mencicit dia lari,” maklumnya.

Dalam masa sama menerusi ruangan kapsyen, pemilik haiwan itu turut berseloroh, dia malu disebabkan Budin.

“Alahai Budin. Budin dah ‘handsome’ dalam Grup lorong rumah. Acik tu kata Budin kena ligan. Malu mak, nak,” tulisnya.

Hantaran berkenaan menerima pelbagai reaksi orang ramai yang terhibur dengan perkongsian berkenaan.

“Nama Budin, baju ‘pink’, tak pakai seluar, patutlah kena ligan dengan kucing garang. Nama tak kena dengan penampilan,” komen seorang pengguna.

“Nama Budin, baju ‘pink’, tak kena betul,” ujar Mohamad Ali.

“Alahai Budin, jauh berjalan nasib mama ada dalam grup tu. Apa-apa hal senang. Comel baju pink,” komen Zaini Zai.

“Nasib jiran-jiran semua senang dengan kehadiran Budin. Jadi budak baik ya Budin,” pesan Erin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI