fbpx

Enam didakwa rogol, amang seksual fizikal kanak-kanak perempuan 11 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat lelaki termasuk tiga beradik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Gerik, bulan lalu. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

KUALA KANGSAR – Empat lelaki termasuk tiga beradik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Gerik, bulan lalu.

Tertuduh berusia 23 tahun bersama dua adiknya masing-masing berusia 17 dan 14 tahun serta rakan mereka berusia 16 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan jurubahasa di Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama seorang lagi didakwa melakukan rogol berkumpulan ke atas mangsa berusia 11 tahun dua bulan dalam sebuah bilik di Gerik pada waktu petang, awal November 2023.

Bagi kesalahan itu, ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding di mahkamah sama, dua lagi adik-beradik tertuduh berusia 31 dan 25 didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang sama dengan cara memegang payudara di lokasi, masa dan tarikh serupa.

Kedua-dua mereka mengaku bersalah di hadapan Rohaida selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh beserta syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa selain melapor diri di balai polis terdekat sekali setiap bulan.

Beliau juga memohon tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan psikitri mangsa.

Rohaida kemudian membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam itu diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin setiap seorang berserta dua syarat tambahan lain yang dipohon Muhammad Firdaus.

Mahkamah menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula sementara menunggu laporan pakar psikitri, lantikan peguam dan keputusan kes bagi amang seksual fizikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI