fbpx

Bunyi ‘intim’ ganggu undian Euro 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas pemain bola sepak Denmark, Brian Laudrup memegang sekeping kertas tertera nama Switzerland semasa undian akhir Euro 2024 di Hamburg, utara Jerman Sabtu lalu. - BBC

BERLIN, Jerman – Sesi undian rasmi kejohanan bola sepak Euro 2024 yang diadakan di Hamburg, Jerman kelmarin diganggu oleh bunyi ‘intim’ sekali gus mendorong siasatan dijalankan oleh pihak penganjur.

Stesen penyiaran Sky News melaporkankejadian berlaku apabila Switzerland diumumkan menyertai kumpulan A bersama-sama Scotland, Hungry dan tuan rumah, Jerman.

Gangguan itu dilaporkan berterusan semasa sesi undian diteruskan walaupun Timbalan Setiausaha Agung Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Giorgio Marchetti cuba mengawal keadaan.

“Saya mendengarnya. Saya mengandaikan ia sejenis gurauan, tetapi sukar untuk memahaminya,” kata pengurus pasukan England, Gareth Southgate.

UEFA enggan mengulas secara rasmi tetapi badan induk itu difahamkan akan menyiasat kejadian itu.

Bagaimanapun, seorang pesohor YouTube, Daniel Jarvis mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut.

Dia mengadakan siaran langsung di aplikasi X dengan membuat panggilan telefon untuk mencetuskan bunyi bising itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI