fbpx

4 maut, 50 cedera letupan bom di selatan Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAKITANGAN perubatan merawat mangsa yang cedera di sebuah hospital di Marawi semalam. – AFP

MARAWI – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh semalam dan berpuluh-puluh yang lain cedera dalam letupan bom semasa upacara keagamaan penganut Katholik di selatan Filipina yang dibelenggu pemberontakan.

Kumpulan militan Daesh mengaku mendalangi serangan tersebut pada upacara keagamaan waktu pagi di gimnasium Universiti Negeri Mindanao, Marawi.

Ketua polis tempatan, Leftenan Jeneral (Polis) Emmanuel Peralta berkata, 50 orang turut cedera dalam letupan itu yang berpunca daripada bom buatan sendiri.

“Askar-askar khalifah meletupkan bahan letupan semasa perhimpunan besar penganut Kristian di bandar Marawi,” kata Daesh dalam satu di saluran Telegram.

Pelajar universiti berkenaan, Chris Jurado, 21, memberitahu AFP dari katil hospitalnya bahawa letupan berlaku semasa bacaan Injil pertama pada pukul 7.00 pagi 7:00 pagi.

“Ia berlaku betul-betul secara tiba-tiba dan semua orang berlari.

“Apabila saya menoleh ke belakang, saya melihat orang ramai terbaring di lantai. Kami tidak tahu apa yang berlaku kerana semuanya begitu pantas,” kata Jurado.

Ketua tentera, Jeneral Romeo Brawner berkata, pengeboman itu mungkin merupakan serangan balas dendam ke atas operasi kerajaan terhadap tiga kumpulan Islam iaitu Dawlah Islamiyah-Filipina, Abu Sayyaf dan Maute di barat Pulau Mindanao sejak kebelakangan ini.

“Ini adalah satu sudut yang kami lihat,” kata Brawner pada sidang akhbar.

Militan Maute dan Abu Sayyaf yang Daesh pernah mengepung Marawi pada 2017.

Tentera Filipina merampas kembali bandar yang musnah itu selepas pertempuran selama lima bulan yang meragut lebih 1,000 nyawa.

Manila juga menandatangani perjanjian damai dengan kumpulan pemberontak terbesar di Filipina, Barisan Pembebasan Islam Moro, pada 2014 yang menamatkan pemberontakan bersenjata mereka.

Bagaimanapun, kumpulan-kumpulan kecil pejuang Islam yang menentang perjanjian damai itu termasuk mereka yang mengaku taat setia Daesh di samping pemberontak komunis, masih beroperasi di Mindanao. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI