fbpx

3 remaja ditahan cuba curi lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian itu berlaku di Marsiling Crescent. - Mothership

SINGAPURA – Polis Singapura menahan tiga remaja berusia 16 hingga 18 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes curi kenderaan bermotor, lapor laman berita Mothership hari ini.

Polis menerima laporan pada 30 November lalu daripada seorang mangsa yang memberitahu bahawa lorinya yang diletakkan di kawasan Marsiling Crescent telah  dicuri.

Kunci lori itu ditinggalkan di dalam kenderaan itu dan ia dibiarkan tidak berkunci.

Pegawai Polis Woodlands kemudian mengenal pasti identiti ketika-tiga suspek dan menahan mereka selepas menjalankan siasatan.

Lori yang dicuri itu kemudian ditemui semula.

Dua daripada mereka yang berusia 17 dan 18 tahun didakwa di mahkamah Sabtu lalu atas kesalahan mencuri kenderaan bermotor yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Siasatan terhadap remaja berusia 16 tahun itu masih dijalankan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI