fbpx

236 Orang Asli dapat elaun Tanaman Semula Komersial pokok kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sapiah (dua dari kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM118,000 kepada wakil peserta TSK di Pejabat Jakoa RPS Kuala Betis, Gua Musang hari ini. -Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seramai 236 Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis menerima elaun sara hidup ladang Tanaman Semula Komersial (TSK) sebanyak RM118,000 bagi tanaman pokok kelapa sawit dibayar kepada mereka.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Datuk Sapiah Mohd. Nor berkata, setiap peserta akan mendapat bayaran sebanyak RM500 seorang untuk tempoh lima bulan pada peringkat permulaan.

Katanya, selepas ini, mereka akan menerima bayaran bulanan elaun sara hidup itu melalui akaun peserta sebanyak RM100 sebulan.

“Elaun sara hidup projek TSK sebanyak RM100 setiap bulan akan dibayar kepada peserta melalui akaun bank Agrobank.

“Bayaran elaun sara hidup diberi untuk membantu peserta ladang TSK sementara menunggu hasil tuaian kelapa sawit dapat dibuat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengagihan Elaun Sara Hidup Ladang TSK di Pejabat Jakoa RPS Kuala Betis, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Plantation Sdn. Bhd., Mohamad Arif Ismail dan Pengarah Jakoa Kelantan dan Terengganu, Zarina Razlan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI