fbpx

Selamat hari lahir nona tercinta Dr. Wan Azizah – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Anwar di laman Facebook beliau hari ini sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Wan Azizah

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat hari jadi buat isteri tercinta, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Menerusi sebuah hantaran di laman Facebook, Anwar juga sempat berkongsi sekeping gambar manis bersama Wan Azizah buat tatapan rakyat Malaysia.

“Selamat ulangtahun kelahiran buat nona tercinta Dr Wan Azizah Wan Ismail. Semoga cinta ini terus kekal dan terus menjadi tiang seri kepada anak-anak dan cucu.

“Perjuangan masih panjang tatkala kita sedang berusaha sebaik mungkin menterjemah fikrah madani dengan memantapkan ekonomi dan memperkasa rakyat,” katanya.

Tambah Anwar, beliau juga mengharapkan agar semangat dan daya juang Wan Azizah tidak pernah padam demi membela masa depan anak bangsa.

Wan Azizah yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menyambut ulang tahun hari kelahiran yang ke-71 hari ini.

Pasangan ini berkahwin pada 26 Februari 1980 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI