fbpx

Remaja 13 tahun mengaku tidak salah tikam pemandu e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (tiga dari kiri) bersama ibu bapanya diiringi anggota polis ke kamar Mahkamah Majistret Sungai Petani atas pertuduhan cuba merompak pemandu e-hailing, Isnin lalu.

SUNGAI PETANI – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan cuba merompak pemandu e-hailing dalam kejadian di Taman Keladi di sini pada Isnin lalu.

Tertuduh yang masih bersekolah itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Mengikut kertas pertuduhan, anak sulung daripada empat beradik itu didakwa cuba merompak mangsa, Lee Ang Hie, 65, di tepi jalan Taman Keladi, di sini pada pukul 6 petang, 27 November lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Terdahulu, remaja terbabit yang memakai baju T berwarna merah tiba di Kompleks Mahkamah Sungai Petani di sini pada pukul 8 pagi tadi dan menunggu di dalam kereta milik keluarganya di kawasan letak kenderaan.

Remaja itu hanya keluar dari kereta apabila dijemput sebelum dibawa anggota polis ke kamar mahkamah sambil ditemani kedua-dua ibu bapanya.

Kosmo! pada 29 November lalu melaporkan polis menahan seorang remaja yang cuba menikam seorang pemandu e-hailing selepas mendakwa mangsa memakinya dalam kejadian di Taman Keladi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI