fbpx

‘Persembahan Adira, Emma sempurna, tiada cacat cela’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEMBAHAN Adira dan adiknya Emma dipuji Ajai dan Mas Idayu.

SHAH ALAM – ‘Kalian beri rasa, itu yang paling penting, tiada cacat cela, semuanya sempurna’

Itu reaksi juri tetap Famili Duo musim tiga (FD3), Ajai yang berpuas hati dengan persembahan pasangan duo adik- beradik, Adira dan Emma pada konsert akhir FD3, malam ini.

Kata Ajai, nyanyian Adira dan Emma malam ini menyatu malah susunan vokal dan pengawalan pentas mereka sangat bagus.

“Setakat ini, nyanyian kalian berdua paling bagus, keyakinan yang membuatkan semuanya menjadi, tiada cacat.

“Keduanya main peranan, susunan vokal sangat bagus, persembahan yang sangat seimbang. ,” jelas Ajai.

Turut bersetuju dengan Ajai, Mas Idayu berpendapat pasangan duo adik-beradik itu penuh karakter dan faham tuntutan lagu.

Bagaimanapun pelangun lagu Cintaku 100% itu berkata agar semua peserta tidak memberikan persembahan terbaik hanya di pentas akhir sahaja.

“Lagu ini penuh karakter dan tenaga. Boleh nampak kalian rancang dengan bagus semua ini.

“Kalau rendah markah awak, kita yang cacat bukan awak.

“Tapi jangan disebabkan final sahaja buat bagus, patutnya daripada awal kena bagus,” komen Mas Idayu.

Mereka membawakan lagu nyanyian asal Nyanyian asal Ariana Grande, Jessie J & Nicky Minaj berjudul Bang Bang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI