fbpx

Liga Super: TFC cari tonik pembakar semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADISAK sudah pulih dari masalah kecederaan dan bersedia untuk turun menentang Penang FC malam ini.

TERENGGANU FC (TFC) memburu kemenangan dalam aksi Liga Super menentang Penang FC malam ini sebagai tonik berharga untuk dibawa pada aksi final Piala Malaysia Jumaat ini.

Pengendali TFC Tomislav Steinbruckner, berkata, misi tiga mata penuh pada aksi tersebut penting bagi meningkatkan lagi motivasi anak buahnya menjelang pertembungan dengan Johor Daruk Ta’zim (JDT) kelak.

“Kami mahu kembali ke landasan kemenangan setelah tumbang 0-4 kepada Sabah dan seri 1-1 dalam Piala AFC baru-baru ini.

“Kemenangan dengan Penang FC malam esok (ini) juga penting bagi mengekalkan kedudukan ke enam liga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di Kuala Terengganu semalam.

Steinbruckner berkata, kedudukan tempat keenam Liga Super masih belum selamat memandangkan skuad kendalian itu hanya berkelebihan dua mata berbanding KL City FC dan PDRM yang berada di tangga ketujuh dan kelapan tiga.

Sehubungan itu, beliau menegaskan skuad Sang Penyu mengambil serius perlawanan bertemu skuad Harimau Kumbang agar tidak terus keciciran mata lagi.

“Saya tuntut komitmen 100 peratus untuk pemain-pemain agar membawa pulang tiga mata.

“Apa pun diakui ia bukan tugas mudan memandangkan Penang FC dalam momentum terbaik selepas mengejutkan Sri Pahang 3-2 minggu lalu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Steinbruckner sedikit lega berkata, beberapa pemain utama kini sudah pulih daripada kecederaan.

Beliau berkata, dua tonggak penting iaitu Adisak Kraisorn dan Liridon Krasniqi sudah kembali boleh diturunkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI