fbpx

Konflik Palestin-Israel: Presiden Perancis akui Hamas sukar dikalahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Macron ketika berucap pada acara COP28 di Dubai semalam. - AFP

DUBAI, EMIRIYAH ARAB BERSATU (UAE) – Presiden Perancis, Emmanuel Macron memberi amaran bahawa matlamat Israel untuk menghapuskan kumpulan Hamas akan berisiko menyebabkan perang tercetus selama sedekad.

“Saya berpendapat bahawa kita berada pada satu keadaan di mana pihak berkuasa Israel perlu menjelaskan objektif dan keinginan mereka secara terperinci,” katanya di luar sidang kemuncak iklim COP28 di Dubai.

Israel sebelum ini berikrar untuk menghapuskan Hamas dengan melancarkan serangan udara dan darat yang telah membunuh lebih 15,000 penduduk Gaza dengan kebanyakannya orang awam.

“Apakah kemusnahan total Hamas dan adakah sesiapa berfikir bahawa ia (Hamas) boleh dimusnahkan?

“Jika ya, perang di Gaza mungkin akan berlanjutan selama 10 tahun,” katanya semalam.

Macron mengadakan lawatan ke Doha semalam bagi bertemu dengan pemerintah Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani.

Qatar menjadi perhatian dunia bagi usaha diplomatik untuk menamatkan konflik Israel-Hamas.

Namun, persinggahan Macron selama lima jam di Doha berlaku sejurus selepas perunding Israel meninggalkan negara itu setelah perbincangan gencatan senjata mencapai jalan buntu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI