fbpx

Kikis stigma kanser penamat riwayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pejuang kanser, Azlina (kanan) dan Suguna menyertai Warrior Run di Persiaran Gurney, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Stigma penyakit kanser adalah penamat riwayat harus dikikis bagi memastikan penghidapnya tidak berputus asa sekali gus positif dalam menghadapi cabaran hidup.

Sukarelawan Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Azlina Abdullah,70, menyifatkan kanser bukanlah hukuman bunuh, sebaliknya ia dapat memberikan jiwa baharu buat pesakit kanser.

Menurutnya, beliau sendiri merupakan pejuang kanser selepas dikesan menghidap barah payudara 17 tahun lalu.

“Saya banyakkan bersosial, bercampur dengan pesakit lain dan memperolehi inspirasi melihat bagaimana individu yang berdepan dengan cabaran sama meneruskan kehidupan.

“Kita perlu beriadah, aktifkan diri dan bersukan, kena berjalan dan kalau boleh, lakukan 5,000 langkah sehari dan kita perlu berusaha dan berikhtiar untuk melawan penyakit ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Warrior Run di Persiaran Gurney di sini, hari ini.

Lebih 2,000 peserta menyertai larian sejauh 6.8 kilometer sekali gus menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dalam mencegah dan mengawal penyakit kanser.

Sementara itu, pakar Bedah Am, Endokrin, Payudara dan Bariatrik Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr. M. Kirubakaran berkata, pesakit kanser digalakkan bersenam mengikut kemampuan diri. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI