fbpx

Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan letusan Gunung Marapi yang dirakam penduduk setempat. - Detik

JAKARTA – Gunung Marapi di barat Indonesia meletus hari ini dengan membebaskan abu tebal yang menjulang naik sehingga 3 kilometer di udara.

“Abu dari Gunung Marapi di pulau Sumatera menjulang naik 3,000 meter di atas puncaknya,” kata Ketua Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi Indonesia, Hendra Gunawan.

Tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa selepas letusan pada pukul 2.54 petang (waktu tempatan) hari ini.

“Letusan masih berlaku. Masyarakat sekitarnya dan pelancong tidak dibenarkan mendaki Gunung Marapi pada radius 3 kilometer dari kawah atau puncak,” kata Hendra.

Gunung berapi di wilayah Sumatera Barat dengan ketinggian 2,891 meter itu diletakkan pada tahap berjaga-jaga ketiga tertinggi dalam sistem empat langkah Indonesia.

Pihak berkuasa turut mengenakan zon pengecualian di sekitar kawah Marapi.

“Hujan abu sudah sampai ke bandar Bukittinggi,” kata pegawai di stesen pemantauan gunung tersebut, Ahmad Rifandi. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI