MANILA — Gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter menggegarkan kawasan pantai Pulau Mindanao, selatan Filipina beberapa jam lalu, manakala pihak berkuasa Manila mengeluarkan amaran tsunami.
Gempa itu berlaku pukul 10.37 malam(waktu tempatan) pada kedalaman 32 kilometer, demikian menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Setakat ini belum ada angka korban atau kerosakan yang dilaporkan.
Dalam perkembangan sama, Pusat Amaran Tsunami Pasifik menyatakan, berdasarkan kekuatan dan lokasi gegaran, pihaknya menjangkakan ombak tsunami akan melanda selatan Filipina dan beberapa kawasan di Indonesia, Palau serta Malaysia.– Agensi