fbpx

Gempa bumi kuat Filipina: Seorang maut, amaran tsunami ditarik balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk dan kakitangan perubatan memindahkan pesakit selepas gempa bumi melanda Bandar Butuan di selatan pulau Mindanao semalam. - AFP

MANILA – Sekurang-kurangnya seorang maut manakala dua lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter melanda selatan Filipina sehingga mencetuskan amaran tsunami semalam.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi kuat melanda pantai Pulau Mindanao pada kedalaman 32 kilometer, diikuti empat gegaran susulan dengan kekuatan melebihi 6.0 pada skala Richter dalam tempoh beberapa jam.

Gegaran awal mencetuskan amaran tsunami di seluruh rantau Pasifik. Ia menyebabkan penduduk di sepanjang pantai timur Mindanao berlari keluar dari bangunan, mengosongkan hospital dan menuju ke tempat lebih tinggi.

Tiada laporan mengenai kerosakan besar pada bangunan atau infrastruktur setakat ini. 

“Seorang lelaki berusia 30 tahun maut di Bandar Bislig, wilayah Surigao del Sur apabila tembok di dalam rumahnya runtuh lalu menimpanya,” kata pegawai bencana tempatan, Pacifica Pedraverde.

Beberapa jalan di bandar itu juga retak tetapi kenderaan masih boleh melaluinya.

Institut Seismologi Filipina pada pukul 3.23 pagi (waktu tempatan) mengeluarkan pemberitahuan bahawa ombak paling tinggi akibat aktiviti seismik dicatatkan pada 64 meter di Pulau Mawes, namun amaran tsunami kemudian ditarik balik. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI