fbpx

EPL: Spurs kekal corak menyerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPURS terdesak untuk mendapatkan kemenangan aksi bertemu City ketika mereka mencatat tiga kekalahan berturut-turut. - AFP

LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou mengakui mengambil contoh cara dan corak permainan yang diterapkan oleh Pep Guardiola ketika awal tiba di Manchester City sebagai aspirasinya bersama pasukan kendaliannya itu ketika ini.

Spurs mengharungi musim yang cemerlang pada awal musim bersama Postecoglou, namun mereka sedang melalui tempoh yang sukar ketika ini apabila tewas dalam tiga perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris berturut-turut.

Situasi itu menyebabkan Postecoglou berdepan tekanan tinggi bagi menghadapi tugas yang sukar untuk meraih kemenangan di Etihad tengah malam ini untuk menamatkan rekod berkenaan.

Bagaimanapun, pengendali dari Australia itu mengakui tidak akan menukar pendekatan permainannya yang mengutamakan aspek menyerang dan permainan secara terbuka berbanding mengutamakan benteng pertahanannya.

“Saya percaya pemain juga pastinya terfikir adakah cara sebegitu berhasil menentang pasukan seperti City? Saya fikir ia soalan yang munasabah.

“Tugas saya ketika ini adalah untuk menunjukkan kepada para pemain bahawa kami masih mempunyai peluang jika bermain secara menyerang. Sekiranya kami mahu berjaya, kami perlu percaya dengan cara kami bermain.

“Beberapa keputusan lepas tidak memihak kami, tetapi saya tidak fikir pemain begitu terkesan dengan kekalahan dan bersedia untuk mengubah nasib kami menjadi lebih baik,” katanya.

Postecoglou mengakui bahawa selain Guardiola, beliau turut mengambil contoh beberapa lagi pengurus dalam saingan Liga Perdana Inggeris yang perlu berdepan kesukaran sebelum berjaya meraih kejayaan.

“City berbeza dengan Arsenal, Arsenal berbeza dengan Liverpool dan Liverpool berbeza daripada kedua-duanya. Tetapi, persamaan yang saya nampak adalah semua pengurus berdepan kesukaran dan akhirnya menikmati kejayaan,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI