fbpx

Dua wanita maut, tiga cedera kenderaan dirempuh lori tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Perodua Bezza dinaiki dua wanita yang terbunuh akibat dirempuh lori tanah dalam kejadian di Jalan Kolon, Pokok Sena dekat Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Dua wanita terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk lori tanah di Jalan Kolon, Pokok Sena dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.55 pagi itu, dua wanita dikenali sebagai Romadiah Ismail, 65, dan Nadzifah Abu Seman, 28, yang menaiki kereta jenis Perodua Bezza maut di lokasi kejadian akibat cedera parah pada anggota badan.

Sementara seorang lagi wanita dikenali sebagai Nur Fathi Rahman, 26, yang menaiki kereta jenis Perodua Axia dilaporkan cedera parah.

Dua lagi mangsa iaitu dua lelaki yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux mengalami kecederaan ringan.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Ahmad Aminudin Abd. Rahim memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 9.59 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati terdapat empat kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dengan tiga mangsa tersepit di dalam Perodua Bezza dan Axia.

“Dua mangsa yang telah meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI