fbpx

Dakwaan penyakit misteri: Malaysia pantau kemasukan pelancong China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
King Sing bersama Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Ainu Sham Ramli (kiri) melawat gerai Jualan Batik Rahmah selepas dirasmikan sempena sambutan Hari Batik Malaysia di Kompleks Kraf, Jalan Conlay hari ini. - Foto AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Malaysia bersedia menerima kedatangan pelancong dari China ke negara ini, biarpun terdapat dakwaan ancaman penyakit misteri dikatakan dari negara berkenaan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pada masa ini, kawalan keselamatan ketat seperti mesin pengimbas suhu sudah memang tersedia di pintu masuk negara seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Itu (memang) Kementerian Kesihatan (KKM) sudah kawal dan kita sudah sediakan semuanya seperti kamera, mesin pengimbas suhu dan sebagainya,” katanya kepada media sempena sambutan Hari Batik Malaysia 2023 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong dari China dan India mulai 1 Disember ini.

Bagaimanapun, baru-baru ini media antarabangsa mendakwa terdapat laporan kes misteri di utara China, dikatakan berkait sindrom pernafasan atau ‘white lung syndrome’.

Susulan itu, King Sing berkata, beliau berharap supaya semua pihak tidak membuat spekulasi, andaian selain memutar belit perkara itu sehingga mencetuskan ketidaktenteraman orang ramai.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sempena ulang tahun hubungan Malaysia-China pada 2024, pihaknya merancang untuk menghasilkan rekaan khas menggunakan batik sekali gus mempromosi keindahan kraf tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI