fbpx

Suami ‘playboy’ miliki lima kekasih gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita terpaksa melupakan kebahagiaan hidupnya apabila mengetahui suami yang dicintai berlaku curang dengan memiliki lima kekasih gelap.

Dia yang hanya dikenali sebagai Nur berkongsi luahan hatinya itu menerusi hantaran di kumpulan Facebook, Luahan Hati Seorang Isteri hari ini.

Menurut Nur, setelah hampir lima tahun hidup bersama, dia tidak sangka sifat ‘playboy’ suaminya tidak berubah.

“Kami dah kahwin hampir lima tahun dan ya suami saya dahulu memang seorang ‘playboy’, tukar perempuan macam tukar baju. Tapi beberapa bulan sebelum kahwin dia janji akan berubah dan setia pada saya.

“Lima tahun perkahwinan yang indah sehingga kami dikurniakan sepasang cahaya mata. Namun segalanya berubah apabila dua bulan lalu suami kantoi bermesej dengan ramai wanita, semuanya seperti kekasih.

“Lebih menggelikan, mereka sering berkongsi gambar-gambar seksi, bukan seorang tetapi lima orang dalam masa sama, kejam betul suami seperti ini,” luahnya.

Kongsinya lagi, perbuatan suaminya terbongkar apabila suatu hari lelaki tersebut bergegas ke bilik air sehingga terlupa menutup ‘WhatsApp web’ di komputer ribanya.

“Suami memang banyak habiskan masa dengan ‘ladtop’ dan telefonnya. Satu hari dia kelam kabut nak ke bilik air, sampai lupa ‘log out’ ‘WhatsApp web’.

“Selalunya memang saya tidak akan tengok telefon mahupun komputer ribanya sebab tahu banyak urusan kerjanya. Tapi hari itu, bagaimana Allah terdetik untuk saya pandang skrin komputer ribanya, hancur hati saya apabila dia bermesra dengan ramai wanita,” katanya.

Tambah Nur, kini mereka berdua dalam proses perceraian dan dia sempat menitipkan pesanan kepada kaum isteri agar tidak percaya sepenuhnya kepada suami, selain perlu menyemak telefon bimbit mereka sekali-sekala supaya tidak ditipu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI