fbpx

SPR uji sistem pendigitalan di PRK Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Ghani (tengah) meninjau pusat pengundian, SMK Geliga, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman semalam menjadi medan buat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguji sistem pendigitalan baharu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani berkata, sistem baharu diperkenalkan yang menekankan elemen pendigitalan petugas itu akan memudahkan pengurusan sesebuah pilihan raya.

Beliau berkata, butiran lanjut berhubung sistem baharu yang masih dalam peringkat ujian terbabit hanya akan didedahkan dalam masa terdekat.

“Kita akan umumkan (sistem pendigitalan petugas) selepas ia didapati dapat berjalan dengan baik.

“Sistem ini masih dalam ujian, kali pertama kita perkenalkan (dalam PRK Parlimen Kemaman),” katanya selepas meninjau pusat pengundian, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga di sini hari ini.

Abdul Ghani berkata, semua maklumat dalam sistem tersebut akan diteliti oleh ketua tempat mengundi (KTM) setiap pusat pengundian.

Dalam pada itu, beliau menjangkakan keputusan rasmi PRK Parlimen Kemaman dapat diketahui pada pukul 9 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI