fbpx

Remaja tikam pemandu e-hailing didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja lelaki cuba menikam pemandu e-hailing dalam kejadian di Taman Keladi, Sungai Petani baru-baru ini.

SUNGAI PETANI – Remaja lelaki berusia 13 tahun yang terlibat dengan kes cubaan menikam seorang pemandu e-hailing di Taman Keladi di sini pada 28 November lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada pukul 9 pagi esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya sudah mendapat arahan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa anak sulung kepada empat beradik terbabit.

“Waris keluarga remaja itu telah dimaklumkan dan diarah membawanya ke mahkamah esok untuk proses pendakwaan kes di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba merompak,” katanya.

Khamis lalu remaja itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman sehari yang dikenakan terhadapnya berakhir.

Terdahulu, remaja itu yang merupakan anak kepada seorang pemandu lori kontena ditahan polis kerana cuba melakukan samun selain turut mengacukan pisau ke bahagian dada seorang pemandu e-hailing warga emas dalam kejadian di Taman Keladi dekat sini.

Dia bertindak demikian kerana mendakwa pemandu e-hailing berusia 65 tahun itu memakinya dan cuba mendapatkan kembali wang tambang ketika menggunakan perkhidmatan itu pada pukul 6.20 petang.

Polis turut merampas sebilah pisau berhulu hitam sepanjang 25 sentimeter (cm) yang ditinggalkan suspek di dalam kenderaan mangsa ketika melarikan diri.

Remaja itu kemudiannya ditahan di rumahnya pada pukul 10 malam hari sama setelah pemandu e-hailing itu membuat laporan polis berkaitan kejadian berkenaan kira-kira dua jam sebelum itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI