fbpx

Ramai isteri setuju suami sering lupa nafkah sokongan emosi, mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Rata-rata golongan isteri bersetuju dengan perkongsian Public Health Malaysia (PHM), mengatakan ramai suami terlepas pandang dua nafkah penting dalam perkahwinan iaitu memberi sokongan emosi dan penjagaan mental pasangan.

Menurut PHM di Facebook hari ini, nafkah batin bukan hanya melibatkan hubungan kelamin antara suami isteri, namun ia merangkumi keperluan emosi dan kesihatan mental isteri.

“Sebagai suami beri kasih sayang secukupnya kepada isteri, tidak menyakitkan hati isteri, tidak berkata kesat dan tidak bersikap kasar.

“Beli jiwa isteri kerana isteri bukan untuk disakiti,” katanya menerusi perkongsian poster yang disiarkan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai para isteri memberi pelbagai reaksi berhubung perkongsian PHM.

Perkongsian PHM di Facebook.

“Saya ada dua orang kawan pejabat yang selalu kena marah dan dikongkong oleh suami. Kesian tengok sebab suami mereka kerap hubungi waktu kerja, tak angkat siaplah.

“Lebih teruk, mereka pun dah malas nak kerja, sedangakn suami bukan mampu sangat dari segi kewangan. Tengok mental kawan saya macam teruk sangat dah. Mana kerja sibuk, suami pula tekan emosi,” kongsi Cik Lina.

“Betul itu, suami yang ada belas ihsan bila isteri beremosi dia pujuk, bukan kata isteri perangai tak elok atau mengada-ngada. Suami yang menyantuni dan memuliakan isteri selalunya rezekinya melimpah ruah,” pesan Ifa Idris.

“Setuju, lebih-lebih lagi sewaktu si isteri tu tengah mengandung,” kata Shue. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI