fbpx

PRK Parlimen Kemaman: Lelaki 88 tahun bersemangat mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. menunggu giliran mengundi di pusat pengundian, SK Kerteh, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang lelaki warga emas bersemangat untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman hari ini.

Mohd. Said, 88, keluar awal pagi di rumahnya di Kampung Baru Kerteh di sini untuk tiba di pusat pengundian, Sekolah Kebangsaan (SK) Kerteh di sini pada pukul 7.30 pagi.

“Saya bangun pagi untuk ke pusat pengundian dengan menumpang kereta jiran. Alhamdulillah, saya menjadi orang pertama yang mengundi sebaik pusat pengundian ini dibuka pukul 8 pagi,” katanya ketika ditemui Kosmo! di pusat pengundian, SK Kerteh di sini hari ini.

Mohd. yang merupakan bekas tukang kebun berkata, dia tidak pernah melepaskan peluang untuk mengundi sebaik layak berbuat demikian.

Moyang kepada sembilan cicit yang dilahirkan pada tahun 1935 tersebut memberitahu, dia menyertai semua pilihan raya yang pernah diadakan kecuali Pilihan Raya Umum pertama (PRU-1) pada tahun 1955.

“Saya masih bersemangat untuk mengundi walaupun terpaksa bertongkat. Ini tanggungjawab kita untuk memilih pemimpin terbaik. Saya nasihatkan semua orang termasuk anak muda keluar mengundi awal,” katanya.

Seramai 2,844 orang layak mengundi di pusat pengundian, SK Kerteh yang mempunyai lima saluran.

PRK Parlimen Kemaman menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menentang Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dari Pas.
– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI