fbpx

PRK Kemaman: Ambil kesempatan cuaca baik, keluar mengundi awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (dua dari kiri) menyantuni salah seorang pengundi di luar pusat pengundian, SK Kerteh, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Calon Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru pengundi-pengundi Parlimen Kemaman agar turun awal mengundi pada hari pengundian hari ini.

Menteri Besar Terengganu itu berkata, cuaca cerah di sekitar daerah ini pagi ini harus diambil peluang untuk mereka segera keluar menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman tersebut.

“Kalau boleh semua keluar awal (mengundi), takut-takut hujan sebelah petang. Harap kita dapat mencapai peratusan keluar mengundi melebihi 70 peratus (disasarkan Suruhanjaya Pilihan Raya),” katanya sewaktu ditemui ketika meninjau pusat pengundian, Sekolah Kebangsaan (SK) Kerteh di sini hari ini.

Ahmad Samsuri tidak mengundi pada PRK Parlimen Kemaman ini kerana beliau merupakan pengundi berdaftar di Parlimen Besut.

Naib Presiden Pas itu berkata, walaupun setiap PRK biasanya menghadapi cabaran peratusan mengundi yang rendah, beliau berharap ia tidak berlaku pada PRK Parlimen Kemaman kali ini.

“Kita berharap suasana di Terengganu berbeza dengan kesedaran pengundi-pengundi lebih baik,” katanya.

Pada PRK Parlimen Kemaman, Ahmad Samsuri ditentang Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dari Barisan Nasional (BN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI